31 Mac 2016 (Khamis), Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia Jelebu, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Majlis Titian Kasih Selami Jiwa 2016 di Surau An-Nur institusi ini. Seramai 100 orang penghuni dan 8 orang pegawai terlibat dalam kursus tersebut. Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 04.00 petang. Program ini diketuai oleh Ustaz Norhairin Bin Khamis bersama 5 orang fasilitator dari Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu dengan memberi motivasi kepada penghuni. Objektif program ini diadakan adalah untuk menyantuni saudara baru disamping memberikan suntikan motivasi kepada mereka. Dengan adanya program seperti ini diharapkan penghuni akan dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri mereka sendiri dan menyedarkan mereka bahawa kehidupan perlu diteruskan dengan landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT. Perasmian Penutupan Program Titian Kasih, Selami jiwa 2016 ini telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Jelebu Ustaz Mohd Nazri Bin Abu Zarim dan KIP Mazlan Bin Aine, mewakili Pengarah Institusi ini.